Monday, May 25, 2009

Tempat lepak aku!

Ianya diantara jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman

Jalan ini memang terkenal dengan kesesakan lalulintas lebih2 lagi waktu pergi kerja dan balik kerja. Diantara dua jalan ni ada sebuah shopping Complex yg bernama Maju Junction.Disinilah aku selalu melepak, kalau terjumpa aku disini tegur2 la aku ye? Kat sini tak la sehebat Shopping Mall yg ada di K.L, Seperti Pavillion, K.L.C.C, 1 Utama. Just simple a Mall tapi selesa, semua ada, Restoran makanan fast food, Food Court, Giant dan macam2 la.
Dia ni Mr DJ disini, kerjanya setiap hari mainkan lagu pada penggunjung yg datang disini dan memberi info pada yg bershopping diMall ini. Pada sesiapa yg memerlukan khidmat DJ , seperti perkahwinwn,majlis keramaian, Boleh berjumpa dia disini atau contac aku di H/P 019-3072904. aku jadi PR dia skarang ni!


Ha! ni pulak Taiko kedai jam! hehehe! Takdelah dia ni baik orangnya, Namanya Azmi, Dia dah kerja lama disini semenjak Maju Junction dibuka lagi. Sesiapa yg nak beli jam datang la jumpa dia disini

"kalau aku....... ada kedai kat sini aku nak bukak kedai perubatan Bekam" hahaha!

Touch up muka atau body anda

Ini ada satu lagi website yg menarik nak aku kongsi ngan korang, katakan muka korang banyak kedut2 ke, banyak jerawat ke atau nak badan korang nampak ketul2 ke, apa sajalah yg korang tak puas hati ngan muka dan badan korang. Bolehlah pergi ke website ni. kalau korang ada photoshop lain la, lagi cantik muka korang touchup kan!. Website ini akan menolong anda menukar atau touchupkan muka atau badan anda secara online, free pulak tu. Iyanya sangat simple digunakan, cuma upload gambar anda dan terus la klik sana klik sini muka dan badan korang. Sangat senang rasa cam pro je bila dah tau mengunakannya. nak tau apa websitenya ikut aku KLIK SINI.
"Kalau aku jadi manusia yg hensom tak payah la guna benda ni"

Sunday, May 24, 2009

Tips2 dari Jutawan


Aku suka betul bila sebut JUTAWAN! Seronok dan sedap rasanya kalau jadi Jutawankan? Jutawan yg paling aku suka ialah jutawan yg dia kaya bukan dari hasil tipu sana tipu sini, tapi dari hasil kebijaksanaannya membuat duit dan hasil titik peluhnya sendiri. DiInternet sendiri banyak, memang banyak sungguh yg jadi Jutawan tetapi banyak jugak yg cakap tak serupa bikin, panggil orang supaya jadi cam dia, realitynya dia bukannya Jutawan, Rupawan pun belum tau lagi. So untuk memendekkan lagi cerita laman web yg aku paling suka surf ialah laman web Jutawan Malaysia, Kat sini banyak info, tips yg sangat berguna yg boleh kita pakai. Yg nak mulakan perniagaan diInternet bolehlah intai web ini, Yg dahagakan ilmu pun boleh tengok2, tip2 yg diberi amat bagus dan tak kedekut ilmu. nak lawat webnya ikut sini KLIK.
" kalau aku jadi.........Jutawan aku nak jadi cam si Irfan Khairi ni."

Saturday, May 23, 2009

Sifu Dupont


Hari ini aku akan perkenalkan kepada para peminat2 S.T.Dupont . Seperti Lighter Dupont, Pen Dupont kepada anda semua.
Nama beliau ialah Encik Ismail. Aku selalu panggil dia Sifu, kadang2 panggil dia Datok Ismail, Orang memanggil dia ni Mcgayver, sebab dia ni boleh merepair apa saja benda yg rosak, tak kira apa benda, tetapi yg paling dia handal ialah merepair Pen dan Lighter Dupont. Boleh nak kata jika anda memiliki Lighter atau Pen yg rosak dan anda hantar dimana2 kedai yg anda beli tu, pasti akan sampai ketangan dia ni balik.Bukan nak kata tuan kedai tu tak pandai merepair barang2 mereka tetapi jika ada problem yg besar dan mereka tak dapat membaikinya pasti dia lah orang yg akan di cari nanti. Contohnya anda membeli Sebatang Pen di K.S.Gill, Dia ni jual pen ngan lighter je pandai, tapi bila bab repair tak boleh buat ,Encik Ismail ni lah yg akan dirujuk kembali. Boleh dikatakan satu Malaysia ni akan cari dia ni untuk memperbaiki barangan2 S.T.Dupont, Kadang2 tu customer dari negara luar datang cari dia untuk memperbaiki barangan mereka. Ialah S.T.Dupontkan datangnya dari Paris takkan nak hantar disana untuk diperbaiki, Jadi dialah pakar atau master di Malaysia ni. Aku jugak adalah seorang peminat barangan S.T.Dupont sebab tulah aku kenal ngan Sifu ni, Harga yg dikenakan pun amat berpatutan, Walaupun agak mengambil masa jugak untuk siapkan, tapi hasil kerjanya amat memuaskan. Ini disebabkan terlalu banyak job untuk disiapkan, sebab tulah mengambil masa. Kepada yg tidak tahu apa itu S.T.Dupont anda bolehlah pergi ke Butiqnya diPavillion, Metrajaya Bt Bintang dan juga di The Mall. Barangan S.T.Dupont ni agak mahal kerana iyanya datang dari Paris, Para peminatnya juga terdiri dari DATO2, VIP2 dan juga yg mahukan Class atau gaya mewah. Kepada sesiapa yg inginkan perkhidmatan membaiki barangan mewah anda itu bolehlah menhubungi aku di H/P ini 019-2502804.
"
kalau aku jadi.........orang kaya akan ku beli semua barangan Dupont ini"

Thursday, May 21, 2009

Vista ke XP?

Ha ha! ini adalah gambar desktop aku cantik tak? nampak cam Vista kan! tapi bukan masih XP lagi.
Sorry! Vista user tapi bukan nak kata apa la "XP tetap menjadi idaman hati ku"
Kalau nak buat desktop cam aku ni email la kat aku ye! kalau taknak tak paksa .....
"Kalau aku jadi........Hackerskan pasti habis computer kat offices aku tu aku godam."

Wednesday, May 20, 2009

Why? why my friend?


Semasa tengah rancak beborak ngan kawan tetiba je aku rasa tersentap apa bila mereka kata "Aku tak tau la benda apa nak tengok kat interet?. Habis download movie,habis download mp3 tak tahu nak tengok apa dah kat internet tu"
La! ini macam punya orang pun ada internet macam2 info boleh dapat bebillion2 info boleh cari disini kenapa? kenapa ? kata begitu my friend.....................
Nampak sangat orang Malaysia ni masih buta IT, Nak mengikut arus permodenan konon laptop changgih2, desktop meletup2 punya mahal, tapi masih tak tahu mengunakan IT sepenuhnya.
Ada pulak tu guna IT untuk mengutuk orang (Eh! cam aku je tu) Info baru baca separuh, Orang kata apa baru muka surat pertama pun tak habis lagi, dah nak komen orang, sumber masih tak cukup kuat, dah nak hakim orang tu orang ni. tu yg jadi fitnah tu.Eeeee! ngeri aku dengan balasan tuhan nanti.
Maafkan aku kalau ada yg terasa ye? bagi aku lebih baik berdiam dari cakap benda yg kita tak tahu betul atau tidaknya. "Kalau Aku Jadi......... orang yg terpandai di Malaysia ini akan ku seru semua ibubapa supaya mencelikkan anak2 kecil mereka supaya pandai IT."

Tuesday, May 19, 2009

Nak tukar muka korang ke badan orang lain?




"Kalau aku ...............boleh menukar badan aku?"
Ha! nak belajar buat gambar cam aku buat ni tak? kalau nak buat jom ikut aku ke link yg di bawah ni.
Ha! kat sini ada bermacam gambar2 yg menarik korang boleh letak muka korang yg tak lawa tu jadi lawa he,he,he
Klik sini

Salam dan Selamat Datang

"Kalau aku.................Ada baju yg ada penyaman udara?"
Hari ini ada hari yg pada aku adalah hari yg sangat hangat, hingga naik hangit bau badan, dah la kerja di luar, adoi masak rasanya. hujan pun bagai tak rasa apa apa pun.
Tu lah manusiakan bila panas mengadu bila hujan mengadu apa yang dapat tak pernah cukup. Tapi aku tetap bersukur kerana aku masih bernyawa lagi walau pun kerja yg aku lakukan agak membahayakan nyawa ku sendiri.
Kulit ku dulu agak putih jugak lah, tapi sekarang dah hitam, dulu halus kulit ku tapi sekarang dah kasar, dulu badan ku tegap sekarang dah menggelebeh dah, nak gi gym badan rasa sakit sana sini, masa pulak tak mengizinkan, nak gi SPA, ketul tak berapa nak ada,ha! ha! ha! duduk rumah je jawabnya.