Monday, August 31, 2009
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke52
Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 52!
Walau agak suram dan tak semeriah tahun2 lepas tetapi Malaysia telah Merdeka.
Saturday, August 29, 2009
Bazar Ramadhan Mahal Melampau!
Hari ini 8 hari kita berpuasa, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun cuaca tak menentu kadang panas kadang hujan, Aku sekekuarga semuanya diserang deman dari yg sikecik sampai la aku badan tak sedap dibuatnya. Mintak dijauhkan dari H1N1 dah la.
Dari hari pertama aku sudah bertekad puasa je nanti aku takkan beli apa juadah lauk-pauk dari Bazar Ramadhan kecuali kuih dan air je, itu pun kalau rajin singgah disana. Bukan apa nak jimat dan aku rasa masakan yg dibeli disana semuanya kurang sedap dan tak kaw!, dan bila time bulan ramadhan budget selalu tinggi, jadi tahun ni tak nak beli lagi lauk yg dijual disana.
Jadi hari2 aku balik masak, orang rumah aku tak larat nak masak sebab tengah menanti hari untuk bersalin, jadi aku la yg jadi chef kat rumah. Setiap hari aku akan rancang masakan untuk kami sekeluarga. Selagi ada bahan2 apa pun jadi aku masak. anak2 aku pun tak kisah apa yg ayahnya masak. janji kami kenyang.
Petang tadi aku pergi pasar cari bahan2 masakan, pastu singgah dibazar Ramadhan untuk membeli kuih yg diminta oleh anak aku dan lepas tu cari air soya untuk isteri aku, Terkejut aku air soya dah naik harga dulu hanya RM2 je sekarang dah jadi RM3! betul2 ambil kesempatan mereka ni berniaga, Tow fu fa yg dalam bekas plastik tu pun naik harga juga, Dulu RM1 skarang RM2 gila dan melampau betul. Alamatnya sekali tu la orang akan beli di gerainya.
Mereka ni tak ingat hari pembalasan ke?, Tau la nak Raya nak untung, habis orang lain tak nak Raya jugak ke? Melampau2 nak naikkan harga, Padahal kita pun tau kosnya berapa harga barang.
Jadi aku rasa sesiapa yg dah berkeluarga macam aku adalah lebih baik masak dirumah saja.
Friday, August 21, 2009
Ramadhan tiba lagi
Pagi ini bermulalah kita umat islam bersahur, ini kerana ramadhan datang lagi, maka berpuasalah kita selama satu bulan yaitu bulan yg paling banyak kerberkatan, kesempatan ini ingin aku mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua umat islam diseluruh dunia dan anggapkanlah bulan ini umpama bulan terakhir kita bersamanya, lakukan sebanyak ibadat, sedekah dibulan ini dan sama-samalah kita mendapat kerberkatan dibulan yg mulia ini.
Sebuah lagu yg indah dari Co Tu bertajuk Lord Of Ramadhan. dinyanyikan dalam bahasa english,turkish, german and arab
"Pesanan ini adalah untuk diri ku dan kawan-kawan yg seagama dengan ku"
Wallpaper ini adalah khas dari aku untuk anda semua:-Sebuah lagu yg indah dari Co Tu bertajuk Lord Of Ramadhan. dinyanyikan dalam bahasa english,turkish, german and arab
Wednesday, August 19, 2009
Kehebatan Photoshop
Untuk menjadi Jurugambar yg hebat bukan senang, lihat saja pak arab ini,dengan gayanya yg tersendiri, lain yg ditangkap, lain pulak yg jadinya. Kalau anda hebat cuba cari gambar originalnya di internet, lagi kelakar! (Gambar anak isteri yg tak nampak muka ditangkapnya!......)
Jadi pengedit gambar cam aku ini lah hasilnya .....Hahaha!
Nama paling glamour di internet
Dah banyak dah kisah dia ni diInternet, macam2 cerita kelakar tentang dia, al-maklum la nama dia je dah nak tergelak kita dengar, Story dia pun terguling2 kita gelak sakan, Pada yg baru kenal atau tak pernah dengar kisah dia ni, Aku tulis lebih kurangla sajalah pasal dia kat blog aku. Satu hari dia ni melancung ke negara kita Malaysia. Nak masuk kat pintu airport Kastam tanya dia "nama encik siapa?" dia jawab "batman encik !" kastam tu terkejut dengan jawapan mamat ni, Dia tanya lagi "nama encik siapa?' dengan melihat mata mamat tu, Jawab mamat tu lagi "nama saya Batman la encik" kata pegawai kastam tu lagi "Encik jangan main-main ! nama encik siapa?" dengan nada yg sedikit kuat. "kalau nama kau Batman nama aku pulak Superman la ye?" sambil mengajuk2 pada mamat tu. Jawab mamat tu balik "Eh! nama encik Superman! sama la dengan nama bapak saya!" sambil tersenyum. Kata pegawai tu lagi "kau jangan main-main dengan aku!" nada yg agak garang. " Apanya yg main-main nama bapak saya memang Superman la!" Sambil menunjuk i.c nya kepada pegawai kastam tu, Malunya dan merah padam muka pegawai tu pada mamat tadi tu.
Ni gambar I.C mamat tu........
Another kind of Buckethead
Kalau korang nak tau atau yg tak tahu ini adalah ikon guitar aku yg paling aku suka. Nama di ni Buckethead.
Dia ni memang handal main guitar dan dia bercakap pun pakai guitar,tak berapa nak boleh bercakap (kononnya la), Dia ni suka pakai topeng muka dan bucket KFC sebab nak sorok indentiti dia, Ye la orang tak kenal dia kalau dia nak jalan2 ke! nak lepak ngan member2 ke! Aku suka style dia simple, hebat dan tak gila glamour. Ah! itu dia punya style la.... biak pe la kat dia, Apa pun dia memang best of the best. Kalau nak tau kehebatan dia main guitar boleh carik nama dia di Youtube. Album dia di malaysia ni tak usah harap la nak dapat!
Tapikan yg dibawah ni lain pulak ceritanya. Buckethead versi hitam, Kehebatan dia ialah membawa penumpang kesana-sini dengan motornya, Di Kenya dia sangat glamour dan penumpangnya sangat berpuashati dengan khidmatnya....... hehehe!
Kalau korang nak koment, tulis la kat bawah ni!
Kereta paling tahan dan paling vintage
Semasa jalan2 di internet terjumpa pulak gambar kereta ni. Bagi aku rasanya kereta ni la yg paling tahan dan lasak, lihat saja kondisinya......., Still boleh jalan lagi dijalan raya! "Kalau kereta buatan kita.....!" agak2 korang la boleh lagi ke jalan cam ni? kalau ada tolong kasi gambarnya kat aku?
Monday, August 10, 2009
Light Saber
Hari ni aku terpandang pedang mainan anak aku. Habis lunyai pedang tu dimain mereka, angin betul aku! Tiba-tiba datang satu idea mereka cipta pedang mainan tu. Dari pada dibuang boleh jadi sesuatu yg berguna. Nak tau apa?
Ha! ni Bapak mereka pulak pegang Light Saber!
Zombie!!!!!!
Skarang ni sibuk di Youtube, mat2 salleh cukup sibuk dengan video zombie, cerita zombienya. Zombieland paling terbaru. Ada yg kelakar ada yg suspend, ada yg tah hapa-hapa. Bagi aku, tak heran pun dengan zombie-zombie mat salleh ni. Filem kita apa kurangnya, Pun ada zombie juge. Zombie Kampung Pisang! Best jugak layan cerita tu. Ha! nak tengok aku jadi zombie ..........Pada yg lemah semagat jangan renung lama lama ye!
Gambar aku terkezut zombie!
Ni version zombie aku pulak.
Gambar aku terkezut zombie!
Sunday, August 2, 2009
Cara paling selamat menghadapi H1N1
Wiifi di Starbuck sangat teruk!
Cara bijak apabila tiba hari jumaat
Kenapa aku tak suka main bola sepak?
Subscribe to:
Posts (Atom)