Wednesday, December 30, 2009

Good bye 2009


I hate 2009.
2009 akan pergi tak lama lagi, Bagus! Aku tak suka tahun 2009. Tahun ni tahun yg malang bagi aku, Pertama business aku tak jalan, Projek aku tak jadi, Kerja pulak kena potong gaji, memang malang betul!. Bermacam2 lagi hal yg jadi pada aku, tapi malas nak cerita. Kebaikannya pulak tahun ini aku dapat Baby Girl. Alhamdulillah, Dapat juga Girl, Sebelum ni semuanya Boy's semua. Rasanya ini saja yg mengembirakan aku pada tahun ini.
Selamat tinggal wahai 2009, Semoga kau tak berulang lagi. Selamat datang 2010 moga kau akan datang bersama rezeki yg melimpah ruah, Semoga kegembiraan sehingga ke 2011,2012,2013.......dan seterusnya nanti. Amin.

Saturday, December 26, 2009

Anak siapa la ni?




Anak siapa la mereka ni? hanya memikirkan keseronokan mereka sanggup menggadai maruah mereka . yg peliknya siapa penganjur cuci motor ni? Yang bestnya motor tu kan?

Sunday, December 13, 2009

Kereta mewah di K.L

Kereta ni memang selalu aku lihat di sekitar Pavillion Siapakah pemiliknya?Kaya betul la orang yg memiliki kereta ni.Aku memang suka betul kereta cam ni,
Ada kelas betul pemiliknyakan!












Porsche Cayenne Magnum


Gelagat Minah2 Arab Sekarang


Lihat saja minah2 Arab ni bukan main lagi pandang Pompuan Mat Saleh tu.
Ini adalah realiti, Lihat saja gelagat mereka di Malaysia ni. Sampai di sini habis dibukanya purdahnya. Tak percaya lihat di Shoping Complex di Kuala Lumpur ni.

Secara kebetulan pulak

Aku rasa gambar ini ditampal secara kebetulan saja, tapi kelakar pulak jadinya......

Orang yg paling selamba!

Cuba perhatikan gambar ini.....

























Selamba de je dia.....



yg kena tu mau bengkak muka dua minggu. hehehe! 

Mana nak dapat ni?


Mana nak dapat mouse pad ni? kreatif dan selesakan......

Monday, November 9, 2009

Apa yg kita terlepas pandang......?

Yg jarang terpandang oleh kita!

Pandang mana satu ni bro?

Apa yg di pandang tu?




La! tak terpandang pulak.....

Hip hop la sangat....

Aku cukup menyampah rappers ni asal boleh rap je mesti nak terenjut-enjut, Konon niger la sangat, bukannya sedap sangat lagu diorang ni, Lagi satu bila bab fasion mesti besar gila baju seluar diorang. Apa badan diorang boleh jadi besar ke nanti? Cuba tengok gambar diorang di sini
 Ambik Kau....... Cam badut dah!

Ni pulak cam orang gila sex je.......

Al-Kisah Menteri yg aku kagumi

Perdana Menteri memang banyak didunia ini, Tapi yg paling aku kagumi ialah Nik Aziz. Tentu anda pernah lihat gambar2 beliau yg begitu rendah diri, Lihat saja gambar ini...


Seorang lagi Menteri yg paling aku kagumi ialah Perdana Menteri Iran Mahmoad Ahmadinejad. Beliau adalah Perdana Menteri yg ke6 di Republic Iran.
Lihat saja gambar2 beliau di sini.....










Lihat Perempuan ini ....Kerana mahukan kemodenan dan terikutkan barat sanggup memberi isyarat lucah kepada beliau, Fikir2kan lah bersama................................................









Sunday, October 18, 2009

Video untuk hilangkan stress

Saksikan klip video ini ! Insyaalah akan menghilangkan stress .

Kisah sedih yg amat melucukan tahap tertinggi.
Pastikan anda melihatnya 2 atau 3 kali baru paham o.k!


Saturday, October 17, 2009

Permata kesukaan ku (Batu Delima)


Sejak kebelakangan ni aku suka pulak melihat batu cincin dikedai permata, Makin dilihat makin membuak2 keinginan untuk membelinya walaupun aku sudah ada banyak cincin. Ha! yg paling aku suka ialah batu delima merah (Ruby). Keindahannya pada diri aku tak dapat aku katakan. Kepada sesiapa yg baru nak menceburi alam batu permata ni eloklah banyak2 berjalan (surf) diInternet ni, bak kata pepatah "jauh berjalan luas pengalaman". Disini ingin aku kongsi ngan korang semua tentang batu delima merah, Iyanya ditulis oleh saudara Mohd Ramesh. Dari rampaiseri.wordpress.com .


Ikuti kisahnya disini:-
BATU delima adalah antara batu permata yang paling berharga di dunia sejak beribu-ribu tahun lalu.

Malah tarikannya terhadap umat manusia telah menjadikannya dianggap sebagai `raja segala permata.’ Menurut kitab Injil, batu delima adalah permata yang paling berharga semasa Tuhan mencipta 12 permata lain di dunia.

Dalam bahasa purba Sanskrit pula, batu delima dikenali sebagai ratnaraj (raja batu permata) atau ratnanayaka yang bermakna penghulu segala permata.

Sesungguhnya, sehingga hari ini, batu-batu delima adalah lebih berharga dan bernilai berbanding intan tanpa berwarna yang tinggi kualitinya.

Contohnya, sebutir cincin berbatu delima Myanmar seberat 27.37 karat, dijual pada harga AS$4 juta (RM15.2 juta) oleh syarikat pelelong terkenal Sotheby’s di Geneva pada Mei 1995, iaitu kira-kira AS$146,145 (RM555,351) bagi setiap karat.

Manakala sebiji berlian bersaiz buah pir, seberat 102 karat hanya mendapat harga AS$125,000 (RM475,000) sahaja.

Sumber batu delima yang paling terkenal ialah di Myanmar, di mana lombong-lombong delimanya dikatakan adalah lebih tua dari sejarah tamadun manusia sendiri. Ini kerana peralatan perlombongan dari Zaman Purba Batu dan Zaman Purba Gangsa telah dijumpai di sini.

Oleh sebab itu, semasa penulis berkesempatan membuat lawatan ringkas ke negara itu baru-baru ini, penulis tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa butir batu permata tersebut yang dijual pada harga yang agak murah.

Delima-delima ini kebanyakannya adalah dari kawasan dinamakan Mogok, yang terkenal dengan batu-batu delimanya yang berwarna merah pekat ibarat “darah merpati” sejak zaman dahulu lagi.

Tetapi untuk berkunjung ke Mogok adalah sesuatu yang agak sukar kerana bukan sahaja perjalanannya sangat jauh di utara Myanmar, sistem pengangkutan serta jalan raya di sini jauh ketinggalan serta mundur.

Penulis yang hanya berada di sini beberapa hari sahaja sempat juga mendapatkan sedikit sebanyak maklumat serta petua membeli delima daripada seorang peniaga batu permata tempatan bernama Mohamad Idris yang menjalankan perniagaannya di Scott Market, Yangon.

Selain delima darah merpati, Myanmar juga mengeluarkan batu-batu delima berwarna merah jambu yang juga tidak kurang cantiknya selain turut mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.

Antara ciri utama delima Myanmar ialah sifat fluorescencenya apabila didedahkan kepada sinaran ultraungu seperti cahaya matahari yang memberikannya seolah-olah satu lapisan warna tambahan.

Selain itu batu-batu delima Myanmar memang diketahui mampu mengekalkan warna merahnya yang pekat itu dalam apa jua keadaan cahaya.

Sebenarnya, batu delima dan nilam terdiri daripada jenis galian yang sama iaitu corundum, cuma perbezaannya ialah yang berwarna merah dipanggil delima dan yang biru adalah nilam.

Untuk mencari delima yang baik, beberapa ciri utama harus diteliti. Yang pertama sekali ialah ia mestilah seberapa merah yang boleh anda bayangkan, tanpa sebarang bayangan warna lain seperti biru atau perang. Pendeknya, inilah ciri yang paling penting untuk menilai batu delima.

Malah, warna merah dalam bahasa Inggeris iaitu red dikatakan berasal dari perkataan Latin ruber yang bermaksud ruby atau delima. Nama-nama yang hampir sama juga digunakan oleh bahasa-bahasa Parsi, Hebrew dan Sanskrit.

Mohamad Idris, yang pernah bekerja di Malaysia serta boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik memberitahu bahawa kepekatan warnanya mestilah seakan-akan bara api arang batu.

Mungkin disebabkan sifatnya inilah, nenek moyang kita dahulu kerap menghubungkaitkan delima dengan kuasa-kuasa mistik.

Selain warnanya, faktor lain yang mempengaruhi kualitinya ialah kejernihan, potongan serta saiznya.

Delima yang dipotong dengan baik harus mampu membalikkan cahaya dengan sekata pada seluruh permukaannya.

Kadangkala, batu-batu delima juga mampu membalikkan cahaya dalam bentuk bintang berkaki tiga atau enam dari permukaannya yang dipotong rata membulat seperti kubah.

`Bintang’ ini akan kelihatan dengan mudah hanya dengan sinaran dari satu sumber cahaya sahaja dan akan bergerak merentasi permukaannya mengikut cahaya itu.

Batu-batu delima yang mempunyai sifat ini dinamakan `delima bintang.’ Lebih panjang dan lebih lurus keenam-enam kaki bintang itu, lebih mahal harganya.

Seperti kebanyakan batu permata berharga lain, delima dijual mengikut berat atau karat yang bersamaan dengan satu perlima daripada satu gram. Oleh itu, delima yang besar adalah lebih mahal berbanding yang kecil kerana besar saiznya semakin jarang ia ditemui.

Selain Myanmar, batu-batu delima juga boleh diperoleh dari Thailand, Vietnam, Sri Lanka, Tanzania, Kenya, Pakistan dan Afghanistan. Namun jumlah serta kualitinya dikatakan adalah lebih rendah daripada delima yang dikeluarkan di kawasan Mogok, Myanmar itu.

Sekiranya anda berpeluang ke negara Myanmar yang masih penuh rahsia ini, pastikan anda membawa pulang cenderahati wajibnya iaitu batu-batu delimanya yang diakui dunia sebagai tiada tandingannya sejak zaman-berzaman


Thursday, October 15, 2009

Apa yg terjadi di Padang sudah tertulis di Al Quran



Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-QurĂ¢n! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." 

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Wednesday, October 14, 2009

Aku Dapat Baby Girl


Alhamdulillah sukur kepada tuhan, Permintaan aku kepadanya selama ini dimakbulkan olehnya. Keindahannya mengurniakan aku bayi perempuan kedunia amat aku nantikan, Perasaan aku amat gembira yg tak dapat aku tuliskan disini, bagaikan mendapat anak pertama pulak rasanya. Untuk pengetahuan semua aku sudah ada 3 orang Panglima, Dengan kelahiranya pada tanggal 30hb Sept lalu, maka lahirlah  seorang puteri yg amat aku nantikan. Cukup sudahlah bagi aku dan keluarga ku. Orang kata tutup kedai sudah. Kepada kawan2, Saudara mara terima kasih kerana singgah kerumah melihat puteri ku , Walaupun hari raya masih meriah tetapi aku dah keluargaku hanya menyambut ala kadar saja.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Sempena Aidilfitri yg mulia ini ingin aku memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terasa hati, maafkanlah kesalahan aku ini.
Marilah kita sama-sama bermaafan sempena aidifitri ini.

Di bawah ini aku sediakan beberapa wallpaper dari kawan-kawan kita.
Jemputlah mendownloadnya:-

Thursday, September 17, 2009

Koleksi Tudung dihari raya nanti

1.Antara pemakai tudung yg paling sopan.2. Pemakai tudung yg paling comel.3.Si pemakai tudung ala ala insaf.4.Ni namanya tudung lilitan lepas mandi (sanggul tuala).
5. Tudung ala ala Chef si pembuat roti.6. Tudung Opah lepak kat rumah.7. Tudung Saji.8.Tudung kurang ajar.9.Tudung kurang belajar.