Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Sempena Aidilfitri yg mulia ini ingin aku memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terasa hati, maafkanlah kesalahan aku ini.
Marilah kita sama-sama bermaafan sempena aidifitri ini.

Di bawah ini aku sediakan beberapa wallpaper dari kawan-kawan kita.
Jemputlah mendownloadnya:-

Thursday, September 17, 2009

Koleksi Tudung dihari raya nanti

1.Antara pemakai tudung yg paling sopan.2. Pemakai tudung yg paling comel.3.Si pemakai tudung ala ala insaf.4.Ni namanya tudung lilitan lepas mandi (sanggul tuala).
5. Tudung ala ala Chef si pembuat roti.6. Tudung Opah lepak kat rumah.7. Tudung Saji.8.Tudung kurang ajar.9.Tudung kurang belajar.

Wednesday, September 16, 2009

Mee Segera Perisa Bontot?


Hahaha! Mee perisa bontot! kelakar betul, Harap maklum Mee ni hanya dijual di negara jiran je tau! Kalau kalau dijual di sini aku rasa Gay je yg suka Mee ni.

Banyak lagi perisa yg sedap ada, yg ni jugak mereka nak makan.

Indonesia mengaku Lagu Terang Bulan lagu mereka



Waduh, enak saja loe gelar Malaysia sebagai Maling-sia..Indonesia juga maling juga deh. huhu

Utamanya bila ekstrem Indonesia marah sangat dengan mengatakan Malaysia klaim budaya Indonesia. Perkataan 'klaim' juga dah maling dari perkataan Inggeris.

Yang kedua perkataan sweeping oleh pasukan buluh runcing.

Pastu diaorang kata Terang Bulan adalah ciptaan rakyat Indonesia. Sebenarnya lagu Terang Bulan adalah dari melodi lagu berjudul La Rosalie ciptaan Pierre-Jean de BĂ©ranger (1780-1857)

Lagu tersebut sangat popular ketika itu dan melodinya digunakan oleh Sultan Perak ketika itu sebagai lagu Negeri dengan tajuk Allah Lanjutkan Usia Sultan sebelum diadaptasi menjadi lagu Negaraku pada tahun 1957 oleh Tunku Abd Rahman dan panelnya.

Aduh lagi malu ya kalau 'klaim' ciptaan orang lain sebagai ciptaan sendiri. Dah kira 'bapak maling' nih.

Berikut adalah lirik lagu Terang Bulan

Terang bulan
Terang di pinggir kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati

Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Memotong padi semua orang
Sedari pagi sampai petang

Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Bersenang hati sambil bersuka
Tolonglah kami bersama sama

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Terang_Bulan
petikan dari http://isuhangat.blogspot.com/

Kenapa indon bengang dengan kita

Aksi budak kecil yg tak sedar diri!
Tulisan : bihun_soto

Ada beberapa isu yang sekarang ini menyebabkan indonesia marahkan malaysia, tetapi kita perlu perhalusi dan memandangnya dari segenap sudut. saya telah meneliti perkara ini dan ini adalah kesimpulan saya rasakan sebab mereka marahkan kita.
isu yang sedang hangat di indonesia (pada malaysia perkara ini tak jd masalah/terpencil):-
a. kes manohara
b. kes ambalat
c. kes pembantu rumah kena dera
d. penggunaan budaya (lagu, pakaian, makanan dll yang hampir sama seperti mereka) sebagai alat untuk promosi pelaancongan negara
Ini adalah perkara2 yg dipandang serius oleh rakyat indonesia sekarang terhadap malaysia.

Sekarang ini ramai rakyat indonesia di laman web memangil malaysia MALINGSIA. Maling tu maksudnya pencuri. Bukalah laman web dan taip perkataan tu, pasti jumpa mcm2. Hakikat sebnarnya media di sana sengaja mengalihkan isu sebenar di sana yang lebih besar. Apa dia? Pastinya pilihanraya (pemilu) yang akan datang ini. Banyak manifesto yg tidak tertunai oleh ahli politik, oleh itu cara terbaik adalah menjadi hero dgn membangkitkan isu2 di atas.

Buktinya penghantaran pembantu rumah disekat serta merta ke malaysia sehingga tempoh yang ditetapkan?

Kenapa sehingga tempoh yang ditetapkan? kenapa tidak buat selama-lamanya? saya pasti selesai pemilu nanti, mereka akan hantar balik pembantu rumah ke malaysia. mereka masih belum mampu menampung rakyat sendiri lagi jadi itulah taktik mereka. tetapi kita pun tak heran, PAPA pun dah order puluh ribu pembantu rumah daripada mindanao. lepas ni terpulanglah kepada diorg nak teruskan ke tidak.

Kalau kes budaya pulak, memang byk persamaan dgn kita. Jadi kita ambil sebahagian, ubahsuai dan naiktaraf kemudian promosi hingga jadi produk pelancongan. Salahkah? Ingat lagi promosi pelancongan Singapura di tv-tv m'sia? Kan lagu tu lagu rakyat Malaysia yang kita dengar dari kecil, cuma Singapura tukar je lirik dia. Tetapi kita tak kisahpun. Malah kita buat Rasa Sayang jadi menarik dan jadi lagu promosi pelancongan kita plak. Masuk jugak dalam tv Singapura. Best man win. Yang Indonesia heboh sangat apasal? Sekarang Malaysia dan Singapura berlambak2 pelancong datang, kenapa perlu dengki? Jepun pun tak mencipta, sekadar ubahsuai dan komersialkan je.

Bagi rakyat M'sia byk lagi isu yg penting termasuklah membangunkan ekonomi yg baru jatuh tempoh hari. Tak perlulah nak bergaduh benda yang tak bermanfaat. Lgpun bila M'sia kaya, siapa yg tumpang? Indonesia pun tumpang jugak. Kita tak kisah pun. Rakyat Msia yg asal usul Indonesia juga byk disini, dan mereka pun tak pernah lupa asal usul. Indonesia, berhentilah sikap nasionalisme yang tak tentu arah tu.Jangan nak hentam tak tentu pasal, ada otak pakai!

Tuesday, September 1, 2009

Nandos sedap bila berbuka puasa

Aku sekeluarga memang suka makan kat Nandos, terjumpa pulak iklan pasal Nandos ni, kelakar betul. tengok saja iklannya ni