Monday, July 27, 2009
Sehari didusun kawan
Gila-gila! Memang gila! Aku memang gila ngan durian, Satu hari tu kawan aku ada bukak laptop dia dan tunjuk gambar2 dia dlm laptop dia, kemudian dia tunjuk gambar dusun bapak dia pada aku, "Amboi cantik sungguh dusun dia" kata hati aku. Pastu mata aku ternampak buah durian yg ada kat dusun bapak dia tu"Fuh! musang king punya durian tu" Aku terus tanya dia ada lagi tak buah tu? kata dia ada "sikit la yg tinggal" Aku tanya dia bila dia nak balik kampung? Katanya hari Khamis ni dia dah angkat cuti nak balik kampung! Alamak! Mana boleh, cuti tak applied lagi cammana nak ikut ni, Aku tak kira apa nak jadi, aku nak jugak makan Durian Musang King tu, Aku suruh dia balik petang jumaat tu, setelah di pujuk dia setuju, haha! ini peluang yg cantik! Aku pun apa lagi mengoffer diri aku mengikut dia balik, padahal hari tu aku kerja lagi. Dusun dia ni terletak di Skudai, Johor. Sampai di Johor dah malam,Dlm kul9.45mlm. Makan di Setulang, Peh! otak-otak Johor memang sedap! sampai didusundia dlm kul 11 lebih. Jalan nak masuk dusun dia fuh! punya la gelap, tak ada sebatang pun tiang lampu, hanya ada sebijik dua je lampu dari rumah2 yg ada di situ. Haha! parking je kat depan rumah dia, mata aku nampak ada 5, 6 biji durian berterabur depan rumah dia, Jumpa bapak dan mak dia, salam2 aku terus capai buah durian tu, cari2 ada sebijij Musang King, kopek dan ngap! masuk mulut,Mmmmmm! sedap betul! Pas tu makan pulak Durian susu dia, ngap! pahit2 manis rasanya..... tapi sedap. Kata kawan aku tu durian susu tu bapak dia simpan untuk keluarga je tak dijual. Memang bebalui! Pagi tu kami tolong bapak dia di dusun petik buah pulasan, Kata bapak dia pulasan dia ni buah pertama, memang manis! apa lagi satu bakul kita orang kutip, Bapak dia kutip 2 bakul untuk di jual. kemudian kutip pulak buah duku langsat satu beg sorang, Tengah hari kita orang makan nasi ngan lauk ayam masak asam pedas! tak pernah aku rasa masakan ni di K.L, sedap jugak! Makan kat dusun pulak tu Fuh! sesuatu pengalaman yg takkan dilupa memang best rasanya. Petang sabtu tu dlm kul 4.30ptg kami berangkat balik ke K.L .Bapa kawan aku tu mengoffer tahun depan kalau ada musim buah dia suruh kami datang lagi, pucuk di cipta ulam mendatang, Memang aku akan datang lagi, kalau umur panjang. Bagi aku kalau tak buat plan yg gila ni alamat tak dapat la merasa pengalaman yg macam ni.
Saturday, July 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)